Skip to main content

Posts

Doa Untuk Anak Yang Mempunyai Masalah Jantung

    "The Lord sustains them on their sickbed and restores them from their bed of illness." Psalm 41:3 Ya Bapa yang Maha Pengasih, Kami datang kepada-Mu dengan hati yang penuh harapan dan kepercayaan. Engkau adalah Penyembuh yang Maha Kuasa, dan Engkau mengenal setiap degupan jantung yang tercipta oleh-Mu. Hari ini, kami memohon kepada-Mu untuk anak kami (nama) yang menghadapi masalah jantung (nyatakan sercara khusus). Kami tahu bahwa Engkau adalah sumber kekuatan dan penghiburan. Kami memohon agar Engkau menuntun dan melindungi dia dalam setiap langkahnya. Ya Bapa, kami berdoa agar Engkau memberikan kekuatan kepada anak kami untuk menghadapi setiap ujian yang diberikan. Berikanlah dia ketenangan dan keberanian untuk menghadapi setiap proses perubatan dan penyembuhan   yang diperlukan. Beri kesembuhan kepada jantungnya, ya Tuhan. Sentuhlah dia dengan keajaiban penyembuhan-Mu yang luar biasa. Kami percaya bahwa Engkau memiliki rencana yang baik bagi hidupnya, dan ...
Recent posts

Doa Dalam Kesulitan Kewangan

  "Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu." (Matius 6:33) ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Bapa yang Maha Pengasih, Pencipta langit dan bumi serta semua yang ada didalamnya. Pada saat ini, saya sedang bergelut dengan kesulitan kewangan. Saya merasa gelisah dan cemas, saya sedih dan tertekan. Keadaan ini memberi implikasi negatif kepada diri saya secara emosi dan fizikal, juga kepada orang disekeliling saya. Saya mohon bukakanlah pintu rezeki dan tunjukkanlah jalan keluar dari kesukaran ini. Bimbinglah saya dalam membuat keputusan yang bijak dan memberikan saya keberkatan dalam setiap langkah yang saya ambil. Berikanlah saya kekuatan tubuh, jiwa dan roh untuk menghadapi setiap rintangan, dan jadikanlah ujian ini sebagai pengalaman yang menguatkan iman dan ketabahan saya. Saya mahu bersyukur atas segala nikmat yang ...

Doa Untuk Menghadapi Perubahan Dalam Kerjaya

  "Walaupun aku berjalan dalam lembah kekelaman, aku tidak takut bahaya, sebab Engkau besertaku; gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku." Mazmur 23:4 Ya Bapa Yang Maha Bijaksana, Hari ini, aku datang di hadapan-Mu dengan hati yang penuh rasa syukur dan ketakutan. Aku merindukan arahan-Mu dalam perjalanan pekerjaan dan kerjaya. Aku merasa tertekan dengan perubahan yang mungkin terjadi. Aku memohon kepada-Mu, ya Bapa, agar Engkau menuntun langkah-langkahku mengejar perubahan dalam kerjaya dan hidup. Berikanlah aku keberanian untuk melangkah maju meskipun aku tidak tahu apa yang terjadi dimasa hadapan. Bimbinglah aku, ya Bapa, dalam memilih jalan yang benar dan membuat keputusan yang bijaksana. Bantulah aku melihat peluang baru untuk berkembang dan bertumbuh serta memanfaatkannya dengan bijak. Berilah aku ketenangan hati dalam menghadapi ketidakpastian ini. Bantu aku untuk percaya bahwa Engkau memiliki rencana yang baik bagi hidupku, termasuk dalam u...

Pintu yang memikat

Sepanjang hidup yang dilalui, kita akan memasuki beberapa jenis pintu. Ada Pintu boleh membawa kita  ke tempat, yang indah, ada pintu yang menuju ke tempat berbahaya.  Nasihat Salomo dalam Amsal 5, salah satu pintu yang perlu dielakkan ialah godaan seksual. Walaupun dosa seksual sangat memikat hati,  memuaskan nafsu dan keinginan daging sukar ditolak. Salomo mengingatkan kita bahawa kesannya adalah penderitaan jika dosa ini dilakukan (5:3-6).  Lebih baik menjauhi godaan ini kerana jika kita memilih untuk memasuki melalui pintu tersebut, kita akan terperangkap dan kehilangan kehormatan, bahkan harta kita dirampas oleh orang yang kita tidak kenal (ayat 7-11).  Nasihatnya ini juga boleh sesuai untuk menjauhi dosa-dosa lain (ayat 21-23). Ini termasuk godaan untuk makan berlebihan, berbelanja berlebihan, membuang masa, menonton TV, bermain games dan sebagainya.  Jika kita pernah jatuh dan pernah memilih pintu yang salah, Tuhan sentiasa mahu mengampuni kita dan m...

Ketakutan apa yang menghantui kalian saat ini?

Saya mempunyai ketakutan selepas melahirkan anak saya yang ke-4.  Pertama kali ketakutan itu datang ketika saya sedang menghantar barang ke rumah pelanggan selepas habis pantang dikawasan perumahan yang padat. Saya terdengar suara anak dan bayi sedang menangis dan seperti si ibu sedang mengalami stress dan mula memukul anak-anaknya. Mendengar tangisan itu, lutut saya terasa lemah dan jantung saya berdegup laju kerana saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu anak-anak itu. Sejak itu, ketakutan itu akan timbul setiap kali saya mendengar bayi atau kanak-kanak menangis. Walaupun suara tangisan kanak-kanak tidak kuat, ketakutan saya akan di'trigger'. Setiap kali ketakutan itu datang, saya sangat pedih dihati dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ketakutan itu masih ada sekarang, dan walaupun tidak sekuat ketakutan yang lama, saya masih berusaha untuk sembuh daripada ketakutan ini. Malahan jika ada anak saya menangis, perasaan takut itu boleh mendebarkan saya. Terdengar, te...

DOA KESEMBUHAN KESAN JANGKITAN VIRUS COVID19

  Kasihanilah aku, ya Allah, kasihanilah aku, sebab kepada-Mulah jiwaku berlindung;     dalam naungan sayap-Mu   aku akan berlindung, sampai berlalu    penghancuran itu. Mazmur 57:1 Ya Bapa, Pencipta alam semesta dan segala isinya. Yang Berkuasa mencipta dan menghapuskan, Yang Berkuasa memberi dan mengambil, Terima kasih untuk hari ini dan segala yang telah aku nikmati, semua keberhasilanku setiap hari sehingga aku mampu menyedia makanan, keselesaan dan kebahagian kepada anak-anaku dan keluargaku serta mereka yang memerlukan. Terima kasih kerana dalam segala perjuanganku, aku semakin dekat denganMu. Terima kasih ya Bapa, kerana Engkau menyembuhkanku dan keluarga daripada jangkitan Covid19 sehingga aku mampu bangkit menikmati   keindahan hidup dan menghargai setiap kesempatan yang ada. Terima kasih kerana pengalaman ini telah membantu aku memahami orang lain yang mengalaminya. Engkau mengetahui kebimbangan dan ketakutanku, malah ...

DOA UNTUK PASANGAN YANG BAKAL BERTUNANG

(Untuk umat Kristian) Ya Bapa,  Sumber segala kekayaan dan Cinta Kasih,  Curahkanlah berkat-Mu atas perancangan pasangan bakal bertunang. Bimbinglah kedua saudara kami dalam proses persediaan pertunangannya.  Semoga mereka sentiasa mencari kehendakMu dengan hati yang terbuka dan ikhlas agar memperoleh kebaikan-Mu yang berlimpah. Ya Bapa, berilah mereka kebijaksanaan yang mereka perlukan dalam proses persediaan memasuki fasa pertunangan bagi mempersiapkan diri untuk gerbang Perkahwinan.   Semoga dalam masa pertunangan ini, mereka saling mengenali, menghargai, dan saling mengasihi. Sedarkanlah juga mereka bahawa, pertunangan bukanlah jaminan ke gerbang perkahwinan. Maka kuatkan dan hiburlah mereka jika keadaan ini berlaku. Kami juga mohon,  agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan  iman, harapan dan kasih sehingga pada saat mereka melangkah ke gerbang perkahwinan dan menjalani hidup sebagai suami isteri. Jika Engkau perkenankan pertunangan ini, ...