Sepanjang hidup yang dilalui, kita akan memasuki beberapa jenis pintu. Ada Pintu boleh membawa kita ke tempat, yang indah, ada pintu yang menuju ke tempat berbahaya.
Nasihat Salomo dalam Amsal 5, salah satu pintu yang perlu dielakkan ialah godaan seksual. Walaupun dosa seksual sangat memikat hati, memuaskan nafsu dan keinginan daging sukar ditolak. Salomo mengingatkan kita bahawa kesannya adalah penderitaan jika dosa ini dilakukan (5:3-6).
Lebih baik menjauhi godaan ini kerana jika kita memilih untuk memasuki melalui pintu tersebut, kita akan terperangkap dan kehilangan kehormatan, bahkan harta kita dirampas oleh orang yang kita tidak kenal (ayat 7-11).
Nasihatnya ini juga boleh sesuai untuk menjauhi dosa-dosa lain (ayat 21-23). Ini termasuk godaan untuk makan berlebihan, berbelanja berlebihan, membuang masa, menonton TV, bermain games dan sebagainya.
Jika kita pernah jatuh dan pernah memilih pintu yang salah, Tuhan sentiasa mahu mengampuni kita dan memberikan kesempatan untuk kembali kepadaNya. Tuhan mengetahui kelemahan dan kekurangan kita. Dia mahu kita menyangkal nafsu, menolak godaan daging dan bersandar kepadaNya.
Kita bersyukur kerana Tuhan sentiasa mahu membebaskan kita jika kita terperangkap. Tuhan sahaja yang dapat membantu kita menahan nafsu daging, mengelakkan pintu yang memerangkap dan memberikan kebijaksanaan kepada kita untuk memilih pintu yang menyelamatkan.
Tuhan memberkati.
Comments
Post a Comment