Skip to main content

Doa Untuk Anak Yang Mempunyai Masalah Jantung

 



 "The Lord sustains them on their sickbed and restores them from their bed of illness."

Psalm 41:3




Ya Bapa yang Maha Pengasih,

Kami datang kepada-Mu dengan hati yang penuh harapan dan kepercayaan.

Engkau adalah Penyembuh yang Maha Kuasa, dan Engkau mengenal setiap degupan jantung yang tercipta oleh-Mu.

Hari ini, kami memohon kepada-Mu untuk anak kami (nama) yang menghadapi masalah jantung (nyatakan sercara khusus). Kami tahu bahwa Engkau adalah sumber kekuatan dan penghiburan. Kami memohon agar Engkau menuntun dan melindungi dia dalam setiap langkahnya.

Ya Bapa, kami berdoa agar Engkau memberikan kekuatan kepada anak kami untuk menghadapi setiap ujian yang diberikan. Berikanlah dia ketenangan dan keberanian untuk menghadapi setiap proses perubatan dan penyembuhan  yang diperlukan.

Beri kesembuhan kepada jantungnya, ya Tuhan. Sentuhlah dia dengan keajaiban penyembuhan-Mu yang luar biasa. Kami percaya bahwa Engkau memiliki rencana yang baik bagi hidupnya, dan kami berserah sepenuhnya kepada kehendak-Mu.

Bimbinglah kami sebagai orangtua untuk mengerti, memberikan sokongan dan menunjukkan cinta kepada anak kami tanpa mengabaikan anak-anak yang lain. Jadikanlah keluarga kami sebagai saluran kasih-Mu yang berlimpah, dan biarkanlah iman kami menjadi sumber kekuatan dalam menghadapi cabaran ini.

Kami juga memohon agar diberikan kecukupan sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan dan perubatan untuk anak kami dan keperluan harian keluarga kami.

Terima kasih, ya Bapa, karena Engkau telah mendengarkan doa kami. Kami percaya bahwa Engkau selalu bersama kami, bahkan dalam saat-saat sulit ini.

Dalam Nama Yesus, kami berdoa dan mengucap syukur.

Amen.


Peace + Love


Comments

Popular posts from this blog

Doa Aku Percaya, Bapa Kami, Salam Maria dan Kemuliaan

  Photo by Anuja Mary Tilj on Unsplash Doa Iman Katolik Tanda Salib Dalam nama Bapa,  Putera, dan Roh Kudus,  Amin. Aku Percaya (singkat) Aku percaya akan Allah, Bapa yang mahakuasa, Pencipta langit dan bumi; Dan akan Yesus Kristus, Putra-Nya yang tunggal, Tuhan kita, Yang dikandung dari Roh Kudus, Dilahirkan oleh Perawan Maria; Yang menderita sengsara Dalam pemerintahan Pontius Pilatus Disalibkan, wafat, dan dimakamkan; yang turun ke tempat penantian pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati; yang naik ke surga, duduk disebelah kanan Allah Bapa yang mahakuasa; dari situ Ia akan datang mengadili orang yang hidup dan yang mati. Aku percaya akan Roh Kudus, Gereja katolik yang kudus, persekutuan para kudus, pengampunan dosa, kebangkitan badan, kehidupan kekal, Amin. Aku Percaya - (Panjang) Aku percaya akan satu Allah, Bapa yang mahakuasa, pencipta langit dan bumi, dan segala sesuatu yang kelihatan dan tak kelihatan; dan akan satu Tuhan Yesus Kristus, Putra Allah yang...

DOA PASANGAN BERKAHWIN YANG TERPISAH KERANA PEKERJAAN

Ya Bapa, Kami mahu bersyukur kepada-Mu kerana menyatukan lelaki dan wanita yang saling mencintai dan melengkapi dalam satu ikatan perkahwinan. Saat ini kami mahu berdoa khas untuk pasangan berkahwin yang terpisah dan tinggal berjauhan kerana menjalankan pelayanan dalam pekerjaan masing-masing. Semoga mereka sentiasa menghargai pengalaman saling mencintai dalam kesat uan suci ini. Bantu mereka menghadapi cabaran setiap hari yang mereka terpaksa lakukan sendiri kerana pasangan mereka tiada disamping untuk membantu. Bantu mereka agar mendapat ketabahan untuk menjalani hidup mereka meski mereka saling merindui pasangan dan anak setiap hari. Bantu mereka mengambil kesempatan setiap masa untuk berkomunikasi dengan baik dengan pasangan. Semoga ketika mereka berjauhan, cinta mereka disegarkan oleh kerinduan dan dikuatkan dengan kesetiaan. Lindungi mereka daripada segala godaan yang boleh meruntuhkan perkahwinan mereka dan melukakan hati anak-anak mereka. Anugerahkan mereka kekuatan yang mere...

DOA UNTUK PASANGAN YANG BAKAL BERTUNANG

(Untuk umat Kristian) Ya Bapa,  Sumber segala kekayaan dan Cinta Kasih,  Curahkanlah berkat-Mu atas perancangan pasangan bakal bertunang. Bimbinglah kedua saudara kami dalam proses persediaan pertunangannya.  Semoga mereka sentiasa mencari kehendakMu dengan hati yang terbuka dan ikhlas agar memperoleh kebaikan-Mu yang berlimpah. Ya Bapa, berilah mereka kebijaksanaan yang mereka perlukan dalam proses persediaan memasuki fasa pertunangan bagi mempersiapkan diri untuk gerbang Perkahwinan.   Semoga dalam masa pertunangan ini, mereka saling mengenali, menghargai, dan saling mengasihi. Sedarkanlah juga mereka bahawa, pertunangan bukanlah jaminan ke gerbang perkahwinan. Maka kuatkan dan hiburlah mereka jika keadaan ini berlaku. Kami juga mohon,  agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan  iman, harapan dan kasih sehingga pada saat mereka melangkah ke gerbang perkahwinan dan menjalani hidup sebagai suami isteri. Jika Engkau perkenankan pertunangan ini, ...