Skip to main content

DOA KESEMBUHAN KESAN JANGKITAN VIRUS COVID19

 


Kasihanilah aku, ya Allah, kasihanilah aku, sebab kepada-Mulah jiwaku berlindung;   dalam naungan sayap-Mu  aku akan berlindung, sampai berlalu  penghancuran itu.

Mazmur 57:1


Ya Bapa,

Pencipta alam semesta dan segala isinya.

Yang Berkuasa mencipta dan menghapuskan,

Yang Berkuasa memberi dan mengambil,

Terima kasih untuk hari ini dan segala yang telah aku nikmati, semua keberhasilanku setiap hari sehingga aku mampu menyedia makanan, keselesaan dan kebahagian kepada anak-anaku dan keluargaku serta mereka yang memerlukan.

Terima kasih kerana dalam segala perjuanganku, aku semakin dekat denganMu.

Terima kasih ya Bapa, kerana Engkau menyembuhkanku dan keluarga daripada jangkitan Covid19 sehingga aku mampu bangkit menikmati  keindahan hidup dan menghargai setiap kesempatan yang ada.

Terima kasih kerana pengalaman ini telah membantu aku memahami orang lain yang mengalaminya.

Engkau mengetahui kebimbangan dan ketakutanku, malah perasaan semua mereka yang pernah melalui cabaran dijangkiti virus Covid 19.

Namun Aku sangka, setelah sekian lama kami telah terselamat dan sembuh, ketakutan kerana pengalaman ini masih menghantuiku dan keluarga.

Takut akan keadaan sekeliling.

Takut akan kes yang meningkat.

Takut dijangkiti sekali lagi.

Takut akan kehilangan orang yang dikasihi.

Maka aku mohon dalam Nama Yesus Kristus,

Usirlah kuasa kegelapan yang sengaja mahu menjatuhkan aku dengan mengingat-ingatkan  pengalaman silamku sehingga aku menjadi takut, bimbang dan bersembunyi.

 Aku mohon urapilah aku dengan Darah Yesus yang suci,

Sembuhkanlah aku daripada perasaan khuatir, ketakutan, kebimbangan dan kesakitan yang pernah dialami dan masih menghantui jiwa dan emosi.

Aku memohon belas kasihan untuk kesembuhan jiwa raga dan fizikal.

Gantikan perasaan takutku dengan kesyukuran atas perlindungan dan peluang kedua.

Gantikan perasaan  khuatirku dengan damai sejahtera.

Pimpinlah langkahku ke dalam cahaya-Mu dan biarlah aku merasakan kekuatan-MU dalam hidupku kerana tanpaMu hidupku adalah sia-sia.

Aku memohon keampunan pada saat aku goyah dan penyakit mengambil alih.

Roh Kudus, aku memohon agar Engkau menganugerahkan kesihatan emosi dan mental kepadaku, ahli keluargaku dan kepada mereka yang memerlukannya.

Angkatlah beban yang melanda semua orang yang pernah dan sedang sakit kerana virus ini.

Lindungilah dan sembuhkanlah bukan sahaja fizikal tetapi emosi kami.

Semoga semua mereka yang sedang mengalami ketakutan dan kebimbangan mendapat sokongan dan kasih sayang daripada ibubapa serta orang disekeliling mereka.

Terima kasih ya Bapa kerana mendengarkan doaku.

Biarlah kehendakMu yang terjadi dan bukan kehendakku.

KepadaMu, aku serahkan segala beban dalam jiwaku dan mereka yang sedang menderita sakit dalam TanganMu yang menyembuhkan dan memberi damai.

 Dalam Nama Yesus, Juruselamatku.

Amin.


Doa ditutup dengan doa Bapa Kami, Salam Maria dan Kemuliaan.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Aku Percaya, Bapa Kami, Salam Maria dan Kemuliaan

  Photo by Anuja Mary Tilj on Unsplash Doa Iman Katolik Tanda Salib Dalam nama Bapa,  Putera, dan Roh Kudus,  Amin. Aku Percaya (singkat) Aku percaya akan Allah, Bapa yang mahakuasa, Pencipta langit dan bumi; Dan akan Yesus Kristus, Putra-Nya yang tunggal, Tuhan kita, Yang dikandung dari Roh Kudus, Dilahirkan oleh Perawan Maria; Yang menderita sengsara Dalam pemerintahan Pontius Pilatus Disalibkan, wafat, dan dimakamkan; yang turun ke tempat penantian pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati; yang naik ke surga, duduk disebelah kanan Allah Bapa yang mahakuasa; dari situ Ia akan datang mengadili orang yang hidup dan yang mati. Aku percaya akan Roh Kudus, Gereja katolik yang kudus, persekutuan para kudus, pengampunan dosa, kebangkitan badan, kehidupan kekal, Amin. Aku Percaya - (Panjang) Aku percaya akan satu Allah, Bapa yang mahakuasa, pencipta langit dan bumi, dan segala sesuatu yang kelihatan dan tak kelihatan; dan akan satu Tuhan Yesus Kristus, Putra Allah yang...

DOA PASANGAN BERKAHWIN YANG TERPISAH KERANA PEKERJAAN

Ya Bapa, Kami mahu bersyukur kepada-Mu kerana menyatukan lelaki dan wanita yang saling mencintai dan melengkapi dalam satu ikatan perkahwinan. Saat ini kami mahu berdoa khas untuk pasangan berkahwin yang terpisah dan tinggal berjauhan kerana menjalankan pelayanan dalam pekerjaan masing-masing. Semoga mereka sentiasa menghargai pengalaman saling mencintai dalam kesat uan suci ini. Bantu mereka menghadapi cabaran setiap hari yang mereka terpaksa lakukan sendiri kerana pasangan mereka tiada disamping untuk membantu. Bantu mereka agar mendapat ketabahan untuk menjalani hidup mereka meski mereka saling merindui pasangan dan anak setiap hari. Bantu mereka mengambil kesempatan setiap masa untuk berkomunikasi dengan baik dengan pasangan. Semoga ketika mereka berjauhan, cinta mereka disegarkan oleh kerinduan dan dikuatkan dengan kesetiaan. Lindungi mereka daripada segala godaan yang boleh meruntuhkan perkahwinan mereka dan melukakan hati anak-anak mereka. Anugerahkan mereka kekuatan yang mere...

DOA UNTUK PASANGAN YANG BAKAL BERTUNANG

(Untuk umat Kristian) Ya Bapa,  Sumber segala kekayaan dan Cinta Kasih,  Curahkanlah berkat-Mu atas perancangan pasangan bakal bertunang. Bimbinglah kedua saudara kami dalam proses persediaan pertunangannya.  Semoga mereka sentiasa mencari kehendakMu dengan hati yang terbuka dan ikhlas agar memperoleh kebaikan-Mu yang berlimpah. Ya Bapa, berilah mereka kebijaksanaan yang mereka perlukan dalam proses persediaan memasuki fasa pertunangan bagi mempersiapkan diri untuk gerbang Perkahwinan.   Semoga dalam masa pertunangan ini, mereka saling mengenali, menghargai, dan saling mengasihi. Sedarkanlah juga mereka bahawa, pertunangan bukanlah jaminan ke gerbang perkahwinan. Maka kuatkan dan hiburlah mereka jika keadaan ini berlaku. Kami juga mohon,  agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan  iman, harapan dan kasih sehingga pada saat mereka melangkah ke gerbang perkahwinan dan menjalani hidup sebagai suami isteri. Jika Engkau perkenankan pertunangan ini, ...