Skip to main content

Doa Untuk Menghadapi Perubahan Dalam Kerjaya

 

  1. "Walaupun aku berjalan dalam lembah kekelaman, aku tidak takut bahaya, sebab Engkau besertaku; gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku." Mazmur 23:4


Ya Bapa Yang Maha Bijaksana,

Hari ini, aku datang di hadapan-Mu dengan hati yang penuh rasa syukur dan ketakutan.

Aku merindukan arahan-Mu dalam perjalanan pekerjaan dan kerjaya.

Aku merasa tertekan dengan perubahan yang mungkin terjadi.

Aku memohon kepada-Mu, ya Bapa, agar Engkau menuntun langkah-langkahku mengejar perubahan dalam kerjaya dan hidup.

Berikanlah aku keberanian untuk melangkah maju meskipun aku tidak tahu apa yang terjadi dimasa hadapan.

Bimbinglah aku, ya Bapa, dalam memilih jalan yang benar dan membuat keputusan yang bijaksana.

Bantulah aku melihat peluang baru untuk berkembang dan bertumbuh serta
memanfaatkannya dengan bijak.

Berilah aku ketenangan hati dalam menghadapi ketidakpastian ini.

Bantu aku untuk percaya bahwa Engkau memiliki rencana yang baik bagi hidupku, termasuk dalam urusan kerjaya.

Jadikanlah perubahan ini sebagai kesempatan bagi pertumbuhan, pembelajaran, dan menyahut panggilan hidupku untuk menjadi versi terbaik bagi diriku untuk kemulianMu.

Bantulah aku untuk terus mencari dan mengikuti kehendak-Mu dalam segala hal.

Terima kasih, ya Bapa, karena Engkau selalu mendengarkan doaku.

Aku percaya bahwa Engkau akan mengarahkan langkah-langkahku dan memberkati setiap usaha yang aku lakukan.

Dalam Nama Yesus, Aku telah berdoa dan mengucap syukur.

Amen.


Comments

Popular posts from this blog

Doa Aku Percaya, Bapa Kami, Salam Maria dan Kemuliaan

  Photo by Anuja Mary Tilj on Unsplash Doa Iman Katolik Tanda Salib Dalam nama Bapa,  Putera, dan Roh Kudus,  Amin. Aku Percaya (singkat) Aku percaya akan Allah, Bapa yang mahakuasa, Pencipta langit dan bumi; Dan akan Yesus Kristus, Putra-Nya yang tunggal, Tuhan kita, Yang dikandung dari Roh Kudus, Dilahirkan oleh Perawan Maria; Yang menderita sengsara Dalam pemerintahan Pontius Pilatus Disalibkan, wafat, dan dimakamkan; yang turun ke tempat penantian pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati; yang naik ke surga, duduk disebelah kanan Allah Bapa yang mahakuasa; dari situ Ia akan datang mengadili orang yang hidup dan yang mati. Aku percaya akan Roh Kudus, Gereja katolik yang kudus, persekutuan para kudus, pengampunan dosa, kebangkitan badan, kehidupan kekal, Amin. Aku Percaya - (Panjang) Aku percaya akan satu Allah, Bapa yang mahakuasa, pencipta langit dan bumi, dan segala sesuatu yang kelihatan dan tak kelihatan; dan akan satu Tuhan Yesus Kristus, Putra Allah yang...

DOA PASANGAN BERKAHWIN YANG TERPISAH KERANA PEKERJAAN

Ya Bapa, Kami mahu bersyukur kepada-Mu kerana menyatukan lelaki dan wanita yang saling mencintai dan melengkapi dalam satu ikatan perkahwinan. Saat ini kami mahu berdoa khas untuk pasangan berkahwin yang terpisah dan tinggal berjauhan kerana menjalankan pelayanan dalam pekerjaan masing-masing. Semoga mereka sentiasa menghargai pengalaman saling mencintai dalam kesat uan suci ini. Bantu mereka menghadapi cabaran setiap hari yang mereka terpaksa lakukan sendiri kerana pasangan mereka tiada disamping untuk membantu. Bantu mereka agar mendapat ketabahan untuk menjalani hidup mereka meski mereka saling merindui pasangan dan anak setiap hari. Bantu mereka mengambil kesempatan setiap masa untuk berkomunikasi dengan baik dengan pasangan. Semoga ketika mereka berjauhan, cinta mereka disegarkan oleh kerinduan dan dikuatkan dengan kesetiaan. Lindungi mereka daripada segala godaan yang boleh meruntuhkan perkahwinan mereka dan melukakan hati anak-anak mereka. Anugerahkan mereka kekuatan yang mere...

DOA UNTUK PASANGAN YANG BAKAL BERTUNANG

(Untuk umat Kristian) Ya Bapa,  Sumber segala kekayaan dan Cinta Kasih,  Curahkanlah berkat-Mu atas perancangan pasangan bakal bertunang. Bimbinglah kedua saudara kami dalam proses persediaan pertunangannya.  Semoga mereka sentiasa mencari kehendakMu dengan hati yang terbuka dan ikhlas agar memperoleh kebaikan-Mu yang berlimpah. Ya Bapa, berilah mereka kebijaksanaan yang mereka perlukan dalam proses persediaan memasuki fasa pertunangan bagi mempersiapkan diri untuk gerbang Perkahwinan.   Semoga dalam masa pertunangan ini, mereka saling mengenali, menghargai, dan saling mengasihi. Sedarkanlah juga mereka bahawa, pertunangan bukanlah jaminan ke gerbang perkahwinan. Maka kuatkan dan hiburlah mereka jika keadaan ini berlaku. Kami juga mohon,  agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan  iman, harapan dan kasih sehingga pada saat mereka melangkah ke gerbang perkahwinan dan menjalani hidup sebagai suami isteri. Jika Engkau perkenankan pertunangan ini, ...