"Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu." (Matius 6:33)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bapa yang Maha Pengasih,
Pencipta langit dan bumi serta
semua yang ada didalamnya.
Pada saat ini, saya sedang bergelut dengan kesulitan kewangan.
Saya merasa gelisah dan cemas,
saya sedih dan tertekan. Keadaan ini memberi implikasi negatif kepada diri saya
secara emosi dan fizikal, juga kepada orang disekeliling saya.
Saya mohon bukakanlah pintu rezeki dan tunjukkanlah jalan keluar dari kesukaran ini. Bimbinglah saya dalam membuat keputusan yang bijak dan memberikan saya keberkatan dalam setiap langkah yang saya ambil.
Berikanlah saya kekuatan tubuh, jiwa dan roh untuk menghadapi setiap rintangan, dan jadikanlah ujian ini sebagai pengalaman yang menguatkan iman dan ketabahan saya.
Saya mahu bersyukur atas segala nikmat yang telah Engkau berikan selama ini. Saya mahu berterima kasih atas segala rezeki kewangan yang pernah saya terima, sedang terima dan akan saya terima.
Saya percaya Engkau ada disetiap langkahku, membimbing dan mengajar.
Saya percaya Engkau akan memberkatiku dengan rezeki yang melimpah sesuai dengan kemurahan-Mu.
Terima kasih Ya Bapa kerana mendengar doaku.
Dalam Nama Yesus saya berdoa dan mengucap syukur.
Comments
Post a Comment