(Untuk umat Kristian)
Ya Bapa,
Sumber segala kekayaan dan Cinta Kasih,
Curahkanlah berkat-Mu atas perancangan pasangan bakal bertunang.
Bimbinglah kedua saudara kami dalam proses persediaan pertunangannya.
Semoga mereka sentiasa mencari kehendakMu dengan hati yang terbuka dan ikhlas agar memperoleh kebaikan-Mu yang berlimpah.
Ya Bapa,
berilah mereka kebijaksanaan yang mereka perlukan dalam proses persediaan memasuki fasa pertunangan bagi mempersiapkan diri untuk gerbang Perkahwinan.
Semoga dalam masa pertunangan ini, mereka saling mengenali, menghargai, dan saling mengasihi. Sedarkanlah juga mereka bahawa, pertunangan bukanlah jaminan ke gerbang perkahwinan. Maka kuatkan dan hiburlah mereka jika keadaan ini berlaku.
Kami juga mohon, agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan iman, harapan dan kasih sehingga pada saat mereka melangkah ke gerbang perkahwinan dan menjalani hidup sebagai suami isteri.
Jika Engkau perkenankan pertunangan ini, jadikan bagi mereka jodoh yang serasi, saling mengasihi, saling mengampuni, saling menyokong dan mendoakan.
Lindungilah mereka daripada godaan dan tipu muslihat kuasa kegelapan, iri hati, kemarahan dan kecurigaan dari hati masing masing serta dari manusia yang suka menimbulkan perpecahan.
Semoga mereka saling menerima kelemahan dan kekurangan, memaafkan dan tidak mengungkit-ungkit masa lampau pasangan mereka.
Perkenankanlah mereka saling mengasihi seperti Engkau mengasihi kami.
Dalam Nama Yesus, Juruselamat kami.
Amen.
#kristian
#suratkepadaBapa
Comments
Post a Comment