Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

Pintu yang memikat

Sepanjang hidup yang dilalui, kita akan memasuki beberapa jenis pintu. Ada Pintu boleh membawa kita  ke tempat, yang indah, ada pintu yang menuju ke tempat berbahaya.  Nasihat Salomo dalam Amsal 5, salah satu pintu yang perlu dielakkan ialah godaan seksual. Walaupun dosa seksual sangat memikat hati,  memuaskan nafsu dan keinginan daging sukar ditolak. Salomo mengingatkan kita bahawa kesannya adalah penderitaan jika dosa ini dilakukan (5:3-6).  Lebih baik menjauhi godaan ini kerana jika kita memilih untuk memasuki melalui pintu tersebut, kita akan terperangkap dan kehilangan kehormatan, bahkan harta kita dirampas oleh orang yang kita tidak kenal (ayat 7-11).  Nasihatnya ini juga boleh sesuai untuk menjauhi dosa-dosa lain (ayat 21-23). Ini termasuk godaan untuk makan berlebihan, berbelanja berlebihan, membuang masa, menonton TV, bermain games dan sebagainya.  Jika kita pernah jatuh dan pernah memilih pintu yang salah, Tuhan sentiasa mahu mengampuni kita dan m...

Ketakutan apa yang menghantui kalian saat ini?

Saya mempunyai ketakutan selepas melahirkan anak saya yang ke-4.  Pertama kali ketakutan itu datang ketika saya sedang menghantar barang ke rumah pelanggan selepas habis pantang dikawasan perumahan yang padat. Saya terdengar suara anak dan bayi sedang menangis dan seperti si ibu sedang mengalami stress dan mula memukul anak-anaknya. Mendengar tangisan itu, lutut saya terasa lemah dan jantung saya berdegup laju kerana saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu anak-anak itu. Sejak itu, ketakutan itu akan timbul setiap kali saya mendengar bayi atau kanak-kanak menangis. Walaupun suara tangisan kanak-kanak tidak kuat, ketakutan saya akan di'trigger'. Setiap kali ketakutan itu datang, saya sangat pedih dihati dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ketakutan itu masih ada sekarang, dan walaupun tidak sekuat ketakutan yang lama, saya masih berusaha untuk sembuh daripada ketakutan ini. Malahan jika ada anak saya menangis, perasaan takut itu boleh mendebarkan saya. Terdengar, te...

DOA KESEMBUHAN KESAN JANGKITAN VIRUS COVID19

  Kasihanilah aku, ya Allah, kasihanilah aku, sebab kepada-Mulah jiwaku berlindung;     dalam naungan sayap-Mu   aku akan berlindung, sampai berlalu    penghancuran itu. Mazmur 57:1 Ya Bapa, Pencipta alam semesta dan segala isinya. Yang Berkuasa mencipta dan menghapuskan, Yang Berkuasa memberi dan mengambil, Terima kasih untuk hari ini dan segala yang telah aku nikmati, semua keberhasilanku setiap hari sehingga aku mampu menyedia makanan, keselesaan dan kebahagian kepada anak-anaku dan keluargaku serta mereka yang memerlukan. Terima kasih kerana dalam segala perjuanganku, aku semakin dekat denganMu. Terima kasih ya Bapa, kerana Engkau menyembuhkanku dan keluarga daripada jangkitan Covid19 sehingga aku mampu bangkit menikmati   keindahan hidup dan menghargai setiap kesempatan yang ada. Terima kasih kerana pengalaman ini telah membantu aku memahami orang lain yang mengalaminya. Engkau mengetahui kebimbangan dan ketakutanku, malah ...

DOA UNTUK PASANGAN YANG BAKAL BERTUNANG

(Untuk umat Kristian) Ya Bapa,  Sumber segala kekayaan dan Cinta Kasih,  Curahkanlah berkat-Mu atas perancangan pasangan bakal bertunang. Bimbinglah kedua saudara kami dalam proses persediaan pertunangannya.  Semoga mereka sentiasa mencari kehendakMu dengan hati yang terbuka dan ikhlas agar memperoleh kebaikan-Mu yang berlimpah. Ya Bapa, berilah mereka kebijaksanaan yang mereka perlukan dalam proses persediaan memasuki fasa pertunangan bagi mempersiapkan diri untuk gerbang Perkahwinan.   Semoga dalam masa pertunangan ini, mereka saling mengenali, menghargai, dan saling mengasihi. Sedarkanlah juga mereka bahawa, pertunangan bukanlah jaminan ke gerbang perkahwinan. Maka kuatkan dan hiburlah mereka jika keadaan ini berlaku. Kami juga mohon,  agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan  iman, harapan dan kasih sehingga pada saat mereka melangkah ke gerbang perkahwinan dan menjalani hidup sebagai suami isteri. Jika Engkau perkenankan pertunangan ini, ...

DOA PASANGAN BERKAHWIN YANG TERPISAH KERANA PEKERJAAN

Ya Bapa, Kami mahu bersyukur kepada-Mu kerana menyatukan lelaki dan wanita yang saling mencintai dan melengkapi dalam satu ikatan perkahwinan. Saat ini kami mahu berdoa khas untuk pasangan berkahwin yang terpisah dan tinggal berjauhan kerana menjalankan pelayanan dalam pekerjaan masing-masing. Semoga mereka sentiasa menghargai pengalaman saling mencintai dalam kesat uan suci ini. Bantu mereka menghadapi cabaran setiap hari yang mereka terpaksa lakukan sendiri kerana pasangan mereka tiada disamping untuk membantu. Bantu mereka agar mendapat ketabahan untuk menjalani hidup mereka meski mereka saling merindui pasangan dan anak setiap hari. Bantu mereka mengambil kesempatan setiap masa untuk berkomunikasi dengan baik dengan pasangan. Semoga ketika mereka berjauhan, cinta mereka disegarkan oleh kerinduan dan dikuatkan dengan kesetiaan. Lindungi mereka daripada segala godaan yang boleh meruntuhkan perkahwinan mereka dan melukakan hati anak-anak mereka. Anugerahkan mereka kekuatan yang mere...

DOA MEMOHON KEBIJAKSANAAN

Ya Bapa, Allah yang Mahabijaksana,  Engkau telah menciptakan alam ini dan segala isinya dengan kebijaksanaan yang tak terhingga.  Engkau pun seringkali mengajarkan kebijaksanaan kepada kami, tetapi kami seringkali tidak memahaminya kerana fikiranMu melangkaui fikiran manusia.  Berilah kami bagian dari kebijaksanaa-Mu, agar kami lebih mencintai kebijaksanaan seperti Solomo berbanding harta dan kuasa yang akan binasa. Engkau bersabda dalam Yakobus 1: 5 bahwa jika ada orang yang tidak memiliki hikmat, ia harus memohon kepada Engkau yang memberi secara bebas  tanpa syarat kepada yang memohon. Oleh karena itu kami mengakui bahawa kami memerlukan kebijaksanaan yang hanya dapat Engkau berikan. Terangilah hati kami dengan Roh Kebijaksanaan-Mu.  Jauhkanlah kami dari segala kekuatiran, ketakutan dan kecemasan yang tidak berfaedah, dan janganlah membiarkan kami menyimpang dari jalan-Mu disebabkan oleh pelbagai keinginan emosi dan nafsu.  Semoga kami selalu berwaspada ...