Skip to main content

DOA MEMOHON KEBIJAKSANAAN



Ya Bapa,

Allah yang Mahabijaksana, 

Engkau telah menciptakan alam ini dan segala isinya dengan kebijaksanaan yang tak terhingga. 

Engkau pun seringkali mengajarkan kebijaksanaan kepada kami, tetapi kami seringkali tidak memahaminya kerana fikiranMu melangkaui fikiran manusia. 

Berilah kami bagian dari kebijaksanaa-Mu, agar kami lebih mencintai kebijaksanaan seperti Solomo berbanding harta dan kuasa yang akan binasa.


Engkau bersabda dalam Yakobus 1: 5 bahwa jika ada orang yang tidak memiliki hikmat, ia harus memohon kepada Engkau yang memberi secara bebas  tanpa syarat kepada yang memohon.

Oleh karena itu kami mengakui bahawa kami memerlukan kebijaksanaan yang hanya dapat Engkau berikan.

Terangilah hati kami dengan Roh Kebijaksanaan-Mu. Jauhkanlah kami dari segala kekuatiran, ketakutan dan kecemasan yang tidak berfaedah, dan janganlah membiarkan kami menyimpang dari jalan-Mu disebabkan oleh pelbagai keinginan emosi dan nafsu. 

Semoga kami selalu berwaspada terhadap godaan yang menyesatkan.

Ya Bapa, anugerahkanlah kepada kami kebijaksanaan yang sejati, supaya kami sentiasa mencari Engkau di dalam segala sesuatu, dan memahami peristiwa-peristiwa hidup ini sesuai dengan kebijaksanaan yang Engkau anugerahkan. 

Berilah kami kebijaksanaan, agar dengan pikiran yang waras kami dapat membuat pilihan yang terbaik, dan melangkah dengan yakin dijalan yang lurus, serta mengikuti jejak Yesus, guru kebijaksanaan sejati. 

Dialah Tuhan Guru kebijaksanaan, dan juruselamat kami. 

Amin.


Link Youtube: https://youtu.be/6lr44V9aWb0

#suratkepadaBapa

Nota: Gantikan 'kami' kepada 'saya' jika didoakan secara peribadi.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Aku Percaya, Bapa Kami, Salam Maria dan Kemuliaan

  Photo by Anuja Mary Tilj on Unsplash Doa Iman Katolik Tanda Salib Dalam nama Bapa,  Putera, dan Roh Kudus,  Amin. Aku Percaya (singkat) Aku percaya akan Allah, Bapa yang mahakuasa, Pencipta langit dan bumi; Dan akan Yesus Kristus, Putra-Nya yang tunggal, Tuhan kita, Yang dikandung dari Roh Kudus, Dilahirkan oleh Perawan Maria; Yang menderita sengsara Dalam pemerintahan Pontius Pilatus Disalibkan, wafat, dan dimakamkan; yang turun ke tempat penantian pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati; yang naik ke surga, duduk disebelah kanan Allah Bapa yang mahakuasa; dari situ Ia akan datang mengadili orang yang hidup dan yang mati. Aku percaya akan Roh Kudus, Gereja katolik yang kudus, persekutuan para kudus, pengampunan dosa, kebangkitan badan, kehidupan kekal, Amin. Aku Percaya - (Panjang) Aku percaya akan satu Allah, Bapa yang mahakuasa, pencipta langit dan bumi, dan segala sesuatu yang kelihatan dan tak kelihatan; dan akan satu Tuhan Yesus Kristus, Putra Allah yang...

DOA PASANGAN BERKAHWIN YANG TERPISAH KERANA PEKERJAAN

Ya Bapa, Kami mahu bersyukur kepada-Mu kerana menyatukan lelaki dan wanita yang saling mencintai dan melengkapi dalam satu ikatan perkahwinan. Saat ini kami mahu berdoa khas untuk pasangan berkahwin yang terpisah dan tinggal berjauhan kerana menjalankan pelayanan dalam pekerjaan masing-masing. Semoga mereka sentiasa menghargai pengalaman saling mencintai dalam kesat uan suci ini. Bantu mereka menghadapi cabaran setiap hari yang mereka terpaksa lakukan sendiri kerana pasangan mereka tiada disamping untuk membantu. Bantu mereka agar mendapat ketabahan untuk menjalani hidup mereka meski mereka saling merindui pasangan dan anak setiap hari. Bantu mereka mengambil kesempatan setiap masa untuk berkomunikasi dengan baik dengan pasangan. Semoga ketika mereka berjauhan, cinta mereka disegarkan oleh kerinduan dan dikuatkan dengan kesetiaan. Lindungi mereka daripada segala godaan yang boleh meruntuhkan perkahwinan mereka dan melukakan hati anak-anak mereka. Anugerahkan mereka kekuatan yang mere...

DOA UNTUK PASANGAN YANG BAKAL BERTUNANG

(Untuk umat Kristian) Ya Bapa,  Sumber segala kekayaan dan Cinta Kasih,  Curahkanlah berkat-Mu atas perancangan pasangan bakal bertunang. Bimbinglah kedua saudara kami dalam proses persediaan pertunangannya.  Semoga mereka sentiasa mencari kehendakMu dengan hati yang terbuka dan ikhlas agar memperoleh kebaikan-Mu yang berlimpah. Ya Bapa, berilah mereka kebijaksanaan yang mereka perlukan dalam proses persediaan memasuki fasa pertunangan bagi mempersiapkan diri untuk gerbang Perkahwinan.   Semoga dalam masa pertunangan ini, mereka saling mengenali, menghargai, dan saling mengasihi. Sedarkanlah juga mereka bahawa, pertunangan bukanlah jaminan ke gerbang perkahwinan. Maka kuatkan dan hiburlah mereka jika keadaan ini berlaku. Kami juga mohon,  agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan  iman, harapan dan kasih sehingga pada saat mereka melangkah ke gerbang perkahwinan dan menjalani hidup sebagai suami isteri. Jika Engkau perkenankan pertunangan ini, ...