Ya Bapa,
Kami mahu bersyukur kepada-Mu kerana menyatukan lelaki dan wanita yang saling mencintai dan melengkapi dalam satu ikatan perkahwinan.
Saat ini kami mahu berdoa khas untuk pasangan berkahwin yang terpisah dan tinggal berjauhan kerana menjalankan pelayanan dalam pekerjaan masing-masing.
Semoga mereka sentiasa menghargai pengalaman saling mencintai dalam kesatuan suci ini.
Bantu mereka menghadapi cabaran setiap hari yang mereka terpaksa lakukan sendiri kerana pasangan mereka tiada disamping untuk membantu.
Bantu mereka agar mendapat ketabahan untuk menjalani hidup mereka meski mereka saling merindui pasangan dan anak setiap hari.
Bantu mereka mengambil kesempatan setiap masa untuk berkomunikasi dengan baik dengan pasangan.
Semoga ketika mereka berjauhan, cinta mereka disegarkan oleh kerinduan dan dikuatkan dengan kesetiaan.
Lindungi mereka daripada segala godaan yang boleh meruntuhkan perkahwinan mereka dan melukakan hati anak-anak mereka.
Anugerahkan mereka kekuatan yang mereka perlu agar dapat menjalani hidup seharian dengan kesabaran, pengorbanan, penghormatan, pengertian, kejujuran, pengampunan , dan kebaikan sehingga saat mereka disatukan semula dengan keluarga mereka.
Biarlah cinta mereka menjadi contoh dan menjadi sumber inspirasi kepada pasangan lain yang menghadapi cabaran yang sama.
Dan melalui pengorbanan ini Engkau limpahkan mereka dengan berkat yang dapat mereka nikmati kerana kesetiaan dalam perkahwinan.
Semoga kami dapat memberi sokongan kepada saudara/rakan kami yang terpisah kerana pekerjaan melalui sikap mendengar dan mendoakan.
Roh Kudus, bimbinglah pasangan ini melalui detik-detik kehidupan yang sukar dan hiburlah mereka ketika dalam kesedihan terutama pasangan yang terpaksa menghadapi cabaran mengurus anak-anak.
Semoga suatu masa yang Engkau perkenankan, mereka dapat hidup bersama dan membawa kemuliaan kepada-Mu,
Dalam Nama Yesus, Juruselamat kami.
Kami berdoa untuk mereka yang terpisah kerana tugas dan pelayanan.
Amen.
Comments
Post a Comment