Skip to main content

Doa Penyembuhan Luka Batin

 



Doa ini merupakan sebuah rangkaian doa penyembuhan luka-luka batin. Mohonlah kepada Yesus untuk menyembuhkan semua kenangan masa lalu dan jadikan doa ini sebagai doa peribadi.

Doa ini diambil daripada Buku Kecil Doa Penyembuhan Luka Batin dan kongsikan oleh penulis dalam ruangan ini agar lebih ramai umat mendapat manfaat daripada doa ini.







Semasa dalam kandungan

Tuhan Yesus Kristus, terima kasih atas kehadiran-Mu saat ini.
Aku bersyukur Engkau yang adalah Tuhan yang tetap hadir dulu, saat ini dan selamanya.

Engkau yang mahu membuatku sempurna baik roh, jiwa dan tubuhku.

Tuhan Yesus, aku mohon kepadaMu telusurilah setiap langkah hidupku. 
Lawatlah awal  kehidupanku. 

Engkau mengetahui semua tentang diriku sebelum aku dilahirkan. 
Seandainya ada ketakutan ataupun kekuatan negatif yang disalurkan kepadaku sejak berada dalam kandungan ibuku, aku mohon bebaskanlah aku dari ikatan ini dengan Kuasa Roh Kudus dan kasih-Mu.

Terima kasih atas kasih dan kehadiran-Mu yang Engkau curahkan kepadaku selama pertumbuhanku di dalam rahim ibuku. 

Aku mengucap syukur atas orang tua yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mohon tolonglah aku untuk mengampuni mereka pada saat-saat dimana mereka kurang mengasihi aku. 

Biarlah tahap kehidupanku ini mendapat pelukan kehangatan kasih dari pada-Mu sehingga aku bahagia menyongsong kelahiranku.

Aku percaya Engkau akan melengkapi bagian yang perlu disembuhkan menurut cara-Mu dan waktu-Mu.

Amen.

Bapa Kami - Salam Maria - Kemuliaan




Semasa kanak-kanak

Tuhan Yesus Kristus,
aku mohon agar Engkau sudi berjalan bersamaku kembali pada kehidupanku ketika aku masih seorang anak. 

Masuklah dalam perilaku yang tidak pantas aku alami, kerana kurang cinta dan kasih sayang orang tua dan sesama.

Sembuhkanlah setiap luka yang disebabkan perilaku kasar oleh sesamaku (penjaga, guru, teman, saudara kandung, jiran dan sebaginya).

Biarlah aku mampu mengampuni, mengasihi dan memaafkan mereka seperti Engkau mengasihi diriku.

Sembuhkanlah aku dari luka-luka akibat ketakutan, kekasaran, keputus-asaan, kekecewaan dan segala perasaan negatif. 

Isilah kekosongan hatiku dengan kasih dan cinta-Mu, ya Yesus.
Biarlah semua yang berhubungan dengan masa kanak-kanakku bersatu dengan Engkau.

Dengan demikian, semua yang baik boleh tetap tinggal dan semua yang menimbulkan halangan-halangan dalam hidupku boleh Engkau ambil. 

Jika Engkau mahu, bebaskanlah aku dari halangan hidupku disebabkan oleh masa silamku.

Aku percaya Engkau memberkati ruang lingkup hidupku dengan segala rahmat dan berkat yang berguna untuk kesembuhanku.

Terima kasih Tuhan, atas jamahan kasih-Mu. 
Amen.

Bapa Kami - Salam Maria - Kemuliaan


Masa Dewasa

Tuhan Yesus Kristus,
melalui kuasa Roh Kudus aku mohon kepada-Mu untuk memberi berkat pada  kehidupan masa dewasaku, yang perlu diubah, disembuhkan, dan disempurnakan pada bagian-bagian yang terluka.

Engkau mengetahui setiap segi kehidupanku yang menyakitkan 
(hubungan perkahwinan, pekerjaan, majikan dan sesama). 

Angkatlah setiap luka yang aku alami dengan kasih-Mu.
Sembuhkanlah luka-luka batinku yang aku alami terhadap pasanganku, anak-anakku, rakan-rakanku, saudaraku dan sesamaku.

Aku juga mahu mengampuni mereka atas segala tindakan mereka terhadapku.
Aku percaya saat ini Engkau, ya Yesus, hadir memberikan damai dan kasih-Mu yang sempurna.

Bantulah aku selalu, supaya aku mahu menyerahkan segala dosa dan kekuranganku kepada-Mu.

Aku mohon rahmat kasih-Mu untuk mengisi kekosongan hati dan batinku ini.
Terima kasih Tuhan Yesus atas kasih dan cinta-Mu yang Engkau curahkan saat ini kepada diriku.

Aku bersyukur atas kesembuhan daripada-Mu.
Tuhan aku mohon berkat-Mu untuk hidupku selanjutnya.
Amen. 


Bapa Kami - Salam Maria - Kemuliaan

Sumber: Buku Kecil Doa Penyembuhan Luka Batin, Padang Durun
Gambar: Unsplash.com

Comments

Popular posts from this blog

Doa Aku Percaya, Bapa Kami, Salam Maria dan Kemuliaan

  Photo by Anuja Mary Tilj on Unsplash Doa Iman Katolik Tanda Salib Dalam nama Bapa,  Putera, dan Roh Kudus,  Amin. Aku Percaya (singkat) Aku percaya akan Allah, Bapa yang mahakuasa, Pencipta langit dan bumi; Dan akan Yesus Kristus, Putra-Nya yang tunggal, Tuhan kita, Yang dikandung dari Roh Kudus, Dilahirkan oleh Perawan Maria; Yang menderita sengsara Dalam pemerintahan Pontius Pilatus Disalibkan, wafat, dan dimakamkan; yang turun ke tempat penantian pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati; yang naik ke surga, duduk disebelah kanan Allah Bapa yang mahakuasa; dari situ Ia akan datang mengadili orang yang hidup dan yang mati. Aku percaya akan Roh Kudus, Gereja katolik yang kudus, persekutuan para kudus, pengampunan dosa, kebangkitan badan, kehidupan kekal, Amin. Aku Percaya - (Panjang) Aku percaya akan satu Allah, Bapa yang mahakuasa, pencipta langit dan bumi, dan segala sesuatu yang kelihatan dan tak kelihatan; dan akan satu Tuhan Yesus Kristus, Putra Allah yang...

DOA PASANGAN BERKAHWIN YANG TERPISAH KERANA PEKERJAAN

Ya Bapa, Kami mahu bersyukur kepada-Mu kerana menyatukan lelaki dan wanita yang saling mencintai dan melengkapi dalam satu ikatan perkahwinan. Saat ini kami mahu berdoa khas untuk pasangan berkahwin yang terpisah dan tinggal berjauhan kerana menjalankan pelayanan dalam pekerjaan masing-masing. Semoga mereka sentiasa menghargai pengalaman saling mencintai dalam kesat uan suci ini. Bantu mereka menghadapi cabaran setiap hari yang mereka terpaksa lakukan sendiri kerana pasangan mereka tiada disamping untuk membantu. Bantu mereka agar mendapat ketabahan untuk menjalani hidup mereka meski mereka saling merindui pasangan dan anak setiap hari. Bantu mereka mengambil kesempatan setiap masa untuk berkomunikasi dengan baik dengan pasangan. Semoga ketika mereka berjauhan, cinta mereka disegarkan oleh kerinduan dan dikuatkan dengan kesetiaan. Lindungi mereka daripada segala godaan yang boleh meruntuhkan perkahwinan mereka dan melukakan hati anak-anak mereka. Anugerahkan mereka kekuatan yang mere...

DOA UNTUK PASANGAN YANG BAKAL BERTUNANG

(Untuk umat Kristian) Ya Bapa,  Sumber segala kekayaan dan Cinta Kasih,  Curahkanlah berkat-Mu atas perancangan pasangan bakal bertunang. Bimbinglah kedua saudara kami dalam proses persediaan pertunangannya.  Semoga mereka sentiasa mencari kehendakMu dengan hati yang terbuka dan ikhlas agar memperoleh kebaikan-Mu yang berlimpah. Ya Bapa, berilah mereka kebijaksanaan yang mereka perlukan dalam proses persediaan memasuki fasa pertunangan bagi mempersiapkan diri untuk gerbang Perkahwinan.   Semoga dalam masa pertunangan ini, mereka saling mengenali, menghargai, dan saling mengasihi. Sedarkanlah juga mereka bahawa, pertunangan bukanlah jaminan ke gerbang perkahwinan. Maka kuatkan dan hiburlah mereka jika keadaan ini berlaku. Kami juga mohon,  agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan  iman, harapan dan kasih sehingga pada saat mereka melangkah ke gerbang perkahwinan dan menjalani hidup sebagai suami isteri. Jika Engkau perkenankan pertunangan ini, ...