Skip to main content

Doa Malam Hari


Doa Malamku serahkan ke dalam tangan Tuhan


Ya Bapa,

Sebelum rehat malam ini,
Aku ingin mengucap syukur atas rahmat yang Engkau izinkan ku nikmati;

Makan minum yang mencukupi dan dapat dinikmati,
Tempat tinggal yang selesa,
Kesihatan tubuh badan,
Seluruh organ yang berfungsi dengan baik,
Kesihatan orang yang disayangi,
Perbualan dengan anak dan orang disekeliling,
Wang untuk kelangsungan hidup,
Wang untuk dikongsi dengan orang lain,
Kemampuan untuk bekerja,
Kesempatan untuk melayani.

Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.

Bapa, 

Sebelum rehat malam ini, aku mahu berdoa;

sembuhkanlah mereka yang menderita sakit, terutama yang dijangkiti virus covid19 dan Hiburlah mereka yang kehilangan ahli keluarga.

Sertailah para petugas hadapan, dan mereka yang terlibat dalam mencari vaksin covid19.

Berilah kebijaksanaan kepada para pemimpin bagi mencari cara terbaik untuk menangani segala isu pandemik ini.

Bantulah mereka yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan jalan bagi menjana pendapatan.

Lindungi mereka yang menjadi mangsa penderaan emosi dan fizikal.

Bebaskanlah mereka yang mengalami penyakit batin kerana masa silam.

Hantarlah para malaikatMu untuk menyertai kami pada rehat malam ini.

Aku mahu serahkan segala beban dan keberhasilan hari ini ke dalam tanganMu.

Dalam nama Yesus, aku berdoa.
Amen.


Comments

Popular posts from this blog

Doa Aku Percaya, Bapa Kami, Salam Maria dan Kemuliaan

  Photo by Anuja Mary Tilj on Unsplash Doa Iman Katolik Tanda Salib Dalam nama Bapa,  Putera, dan Roh Kudus,  Amin. Aku Percaya (singkat) Aku percaya akan Allah, Bapa yang mahakuasa, Pencipta langit dan bumi; Dan akan Yesus Kristus, Putra-Nya yang tunggal, Tuhan kita, Yang dikandung dari Roh Kudus, Dilahirkan oleh Perawan Maria; Yang menderita sengsara Dalam pemerintahan Pontius Pilatus Disalibkan, wafat, dan dimakamkan; yang turun ke tempat penantian pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati; yang naik ke surga, duduk disebelah kanan Allah Bapa yang mahakuasa; dari situ Ia akan datang mengadili orang yang hidup dan yang mati. Aku percaya akan Roh Kudus, Gereja katolik yang kudus, persekutuan para kudus, pengampunan dosa, kebangkitan badan, kehidupan kekal, Amin. Aku Percaya - (Panjang) Aku percaya akan satu Allah, Bapa yang mahakuasa, pencipta langit dan bumi, dan segala sesuatu yang kelihatan dan tak kelihatan; dan akan satu Tuhan Yesus Kristus, Putra Allah yang...

DOA PASANGAN BERKAHWIN YANG TERPISAH KERANA PEKERJAAN

Ya Bapa, Kami mahu bersyukur kepada-Mu kerana menyatukan lelaki dan wanita yang saling mencintai dan melengkapi dalam satu ikatan perkahwinan. Saat ini kami mahu berdoa khas untuk pasangan berkahwin yang terpisah dan tinggal berjauhan kerana menjalankan pelayanan dalam pekerjaan masing-masing. Semoga mereka sentiasa menghargai pengalaman saling mencintai dalam kesat uan suci ini. Bantu mereka menghadapi cabaran setiap hari yang mereka terpaksa lakukan sendiri kerana pasangan mereka tiada disamping untuk membantu. Bantu mereka agar mendapat ketabahan untuk menjalani hidup mereka meski mereka saling merindui pasangan dan anak setiap hari. Bantu mereka mengambil kesempatan setiap masa untuk berkomunikasi dengan baik dengan pasangan. Semoga ketika mereka berjauhan, cinta mereka disegarkan oleh kerinduan dan dikuatkan dengan kesetiaan. Lindungi mereka daripada segala godaan yang boleh meruntuhkan perkahwinan mereka dan melukakan hati anak-anak mereka. Anugerahkan mereka kekuatan yang mere...

DOA UNTUK PASANGAN YANG BAKAL BERTUNANG

(Untuk umat Kristian) Ya Bapa,  Sumber segala kekayaan dan Cinta Kasih,  Curahkanlah berkat-Mu atas perancangan pasangan bakal bertunang. Bimbinglah kedua saudara kami dalam proses persediaan pertunangannya.  Semoga mereka sentiasa mencari kehendakMu dengan hati yang terbuka dan ikhlas agar memperoleh kebaikan-Mu yang berlimpah. Ya Bapa, berilah mereka kebijaksanaan yang mereka perlukan dalam proses persediaan memasuki fasa pertunangan bagi mempersiapkan diri untuk gerbang Perkahwinan.   Semoga dalam masa pertunangan ini, mereka saling mengenali, menghargai, dan saling mengasihi. Sedarkanlah juga mereka bahawa, pertunangan bukanlah jaminan ke gerbang perkahwinan. Maka kuatkan dan hiburlah mereka jika keadaan ini berlaku. Kami juga mohon,  agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan  iman, harapan dan kasih sehingga pada saat mereka melangkah ke gerbang perkahwinan dan menjalani hidup sebagai suami isteri. Jika Engkau perkenankan pertunangan ini, ...