Hari ini, saya menerima cinta Allah Bapa kepada saya. Hari ini, saya membuka hati kepada segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah semesta alam yang tanpa batasan, tanpa had dan penuh dengan rezeki yang melimpah ruah. Hari ini saya membuka hati kepada berkat, kesembuhan dan keajaiban Tuhan. Hari ini, saya membuka hati kepada firman Tuhan supaya saya menjadi seperti Yesus setiap hari. Hari ini saya menyatakan bahawa saya adalah milik dan kekasih Tuhan, saya adalah hamba Tuhan, Oleh kerana saya diberkati, saya mahu digunapakai untuk memberkati dunia. Dalam Nama Yesus, saya berdoa dan mengucap syukur. Amen.
Perkongsian tentang Doa dan Pengembaraan hidup.