Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

Doa Malam Hari

Doa Malamku serahkan ke dalam tangan Tuhan Ya Bapa, Sebelum rehat malam ini, Aku ingin mengucap syukur atas rahmat yang Engkau izinkan ku nikmati; Makan minum yang mencukupi dan dapat dinikmati, Tempat tinggal yang selesa, Kesihatan tubuh badan , Seluruh organ yang berfungsi dengan baik, Kesihatan orang yang disayangi, Perbualan dengan anak dan orang disekeliling, Wang untuk kelangsungan hidup, Wang untuk dikongsi dengan orang lain, Kemampuan untuk bekerja, Kesempatan untuk melayani. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Bapa,  Sebelum rehat malam ini, aku mahu berdoa; sembuhkanlah mereka yang menderita sakit, terutama yang dijangkiti virus covid19 dan Hiburlah mereka yang kehilangan ahli keluarga. Sertailah para petugas hadapan, dan mereka yang terlibat dalam mencari vaksin covid19. Berilah kebijaksanaan kepada para pemimpin bagi mencari cara terbaik untuk menangani segala isu pandemik ini. Bantulah mereka yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan jalan bagi menjana pendapat...

Doa pagi hari

Ya Bapa, Aku mahu mengucap syukur kepada atas berkat pagi ini. Terima kasih atas hari baru untuk aku nikmati. Terima kasih atas rehat malam tadi dengan selamat. Terima kasih atas rezeki makan minum. Terima kasih atas rezeki tempat tinggal. Terima kasih atas rezeki keluarga. Terima kasih atas tubuh badan yang sihat. Terima kasih atas semua deria yang berfungsi dengan baik. Terima kasih atas rezeki wang yang dapatku gunakan untuk kelangsungan hidup dan memberkati keluarga ku serta orang lain. Berilah kebijaksanaan dalam segala urusan pada hari ini agar  aku juga dapat mempermudahkan urusan orang lain. Sertai langkah kakiku sepanjang hari ini agar sebelum rehat malam ini, aku telah melaksanakan tujuan hidupku sedikit demi sedikit dan menabur benih yang ingin aku tuai pada masa akan datang. Tuntunlah setiap perkataan yang keluar dari mulutku agar memberi berkat kepada mereka yang mendengarnya. Terima kasih Bapa kerana menyertaiku. Aku mahu serahkan segala keberadaanku dan semua perkara...